Menurut Pengurus Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Pang Yoon Kong, perkara tersebut kerana kualiti getah yang digunakan pada bilah wiper akan haus dan rosak disebabkan serpihan jalan raya, bahan kimia serta perubahan iklim selain terdedah kepada perubahan cuaca.

"Selain itu, terdapat kajian yang mendedahkan hanya 35 peratus pemandu di negara ini membelanjakan hanya sekitar RM21 hingga RM40 untuk membeli pengelap cermin kenderaan (wiper) dan selebihnya membelanjakan antara RM41 hingga RM120.

"Kaji selidik itu juga turut mendedahkan sebanyak 53 peratus pemandu cenderung menggantikan wiper kenderaan mereka melebihi tempoh 12 bulan dan 32 peratus pula menukarnya dalam tempoh setahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yoon Kong turut mengesyorkan pemilik kenderaan menukar wiper sedia ada kepada Wiper Bosch Clear Advantage yang dilengkapi klip pantas pasang bagi membolehkan pemandu menggantikan bilah wiper sendiri dengan mudah dan hanya satu langkah.

Tambahnya, getah pada bilah wiper tersebut juga disaluti dengan grafit untuk mengurangkan geseran antara bilah dan cermin depan bagi memberikan prestasi mengelap lebih lancar dan senyap. - K! ONLINE