Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Hamid Mohd. Ismail, 42, difahamkan mengalami cedera parah di kepala dan badan selepas bergelut hampir setengah jam untuk menyelamatkan diri daripada haiwan buas itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Ahmad Azhar Mohammed berkata, mangsa yang berasal dari Pulau Pinang dan memetap di  Kuala Pahang, Pekan itu dipercayai diserang hendap oleh buaya itu sebelum ditarik ke dalam sungai.

"Mangsa yang berlumuran darah di kepala akibat digigit di kepala dan badan nekad bertarung dengan haiwan buas itu sebelum berjaya melepaskan diri.

"Mangsa kemudian meminta bantuan orang awam untuk dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- K! ONLINE