Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa berusia 17 tahun dan dua rakannya berusia 21 dan 24 tahun didatangi dua penyamum bermotosikal sebelum dilibas dengan sebilah senjata tajam.

Menurutnya, dua lagi rakan mangsa tidak mengalami kecederaan.

Noorzainy berkata, kejadian itu menyebabkan salah seorang daripada mereka kerugian kira-kira RM470 apabila beg kulit berjenama miliknya dilarikan. - K! ONLINE