Beliau berkata, mungkin terdapat beberapa perkara menyebabkan timbul isu pembayaran gaji dan pihak pengurusan bersedia untuk memberi penjelasan kepada pemain terbabit.

"Yang masih belum menerima gaji mungkin ada arahan pemotongan gaji atau lain-lain perkara seperti tertakluk dalam penjanjian kontrak sebelum ini setelah beberapa surat amaran diberikan, jadi lebih baik mereka (pemain) berjumpa dengan pengurusan KAFA, sekurang-kurangnya mereka tahu kenapa dan mengapa, bukan hanya keluarkan kenyataan dalam media sosial atau mana-mana media," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bibi Ramjani berkata, mana-mana pemain yang memuat naik status rasa tidak puas hati dalam media sosial atau mana-mana media hanya akan memburukkan lagi keadaan.

"Jadi yang mana tercicir atau tidak dapat gaji lagi, jawapan ada pada KAFA, datanglah berjumpa dengan pihak pengurusan untuk sama-sama menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dan bukannya ditularkan dalam media sosial. - Bernama