Kejadian pada pukul 1.40 petang itu berlaku apabila mangsa berusia 45 tahun dari Ipoh, Perak itu didatangi dua penjenayah dengan menaiki sebuah motosikal selepas keluar dari ken­deraan jenis Toyota Hilux untuk pergi makan tengah hari di satu kedai di situ.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, suspek kemudian telah mengarahkan mangsa menyerahkan kunci kereta namun lelaki itu enggan berbuat demikian.

“Salah seorang suspek kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan. Peluru itu telah menembusi belakang badan mengakibatkan serpihannya terkena pada lengan kirinya.

“Suspek kemudian mela­rikan diri dengan menaiki motosikal. Dalam menahan sakit, mangsa telah pergi ke kedai makan berkenaan untuk meminta bantuan sebelum dia dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab di sini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.