Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff berkata, sambutan amat menggalakkan berikutan RM500 insentif geran sepadan tersebut akan diberikan kepada 500,000 pemegang SSPN1M terawal bagi tahun 2018.

“Setiap akaun SSPN1M pelajar perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 pada tahun ini untuk layak mendapat geran sepadan ini yang telah diperuntukkan melalui pembentangan Bajet 2018.

“SSPN1M merupakan pelan simpanan terbaik disediakan oleh PTPTN bagi tabungan pendidikan anak-anak pada masa hadapan,” katanya ketika berucap pada Program Sumba­ngan Deposit SSPN1M di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Kewangan dan Sokongan PTPTN, Azhar Ahmad dan Pengerusi Yayasan Pendidikan Kawasan Bandar Tun Razak merangkap Ketua Barisan Nasional Bandar Tun Razak, Datuk Chew Yin Keen.

Pada majlis sama, Yin Keen turut menyampaikan sumba­ngan sebanyak RM50,000 kepada 1,000 pelajar Tahun Satu hingga Enam di kawasan tersebut sebagai wang deposit permulaan SSPN1M mereka.

Chew Yin memberitahu, usaha yang dilakukan PTPTN tersebut dapat mengurangkan pergantungan pelajar sepenuh­nya kepada pinjaman untuk me­lanjutkan pelajaran.

“SSPN1M secara tidak langsung dapat mengurangkan bebanan ibu bapa yang berasal dari golongan berpendapatan rendah untuk menanggung kos pendidikan anak-anak pada masa hadapan,” ujarnya.