“Bank pusat berkenaan adalah institusi yang kukuh dan diwujudkan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui di Menara Ilham di sini semalam selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan.

Zeti yang merupakan salah seorang anggota majlis berkenaan enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan berkata, beliau hanya akan memberikan komen kepada pihak yang berkaitan.

“Anda perlu tunggu dan lihat dan saya hanya memberikan reaksi kepada mereka yang ter­babit,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengesahkan peletakan jawatan Muhammad yang dilantik sebagai Gabenor BNM kelapan pada 1 Mei 2016 menggantikan Zeti.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.