Pengarahnya,  Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata sistem kod QR tersebut bertujuan membantu pengguna agar tidak tertipu apabila membeli buah ikon Perlis itu.

"Mempelam harumanis dihasilkan ladang-ladang berdaftar dengan Jabatan Pertanian akan diletakkan pelekat tersebut," katanya kepada media selepas pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis 2018 oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis Bukit Bintang di Sungai Batu Pahat di sini hari ini.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Zulkepli Amin berkata, kod QR yang diimbas akan memaparkan maklumat seperti ladang buah tersebut dikeluarkan, tarikh petik, tarikh masak dan sedia dimakan serta nombor telefon dan nama pengusaha ladang. - Bernama