Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, Muhamad Mazrul Umar, 18, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh pukul 4.30 pagi tadi.

Tiga lagi mangsa yang parah dikenali sebagai Ruzaini Abdullah, 24; Muhammad Aiman Zulkefli, 19, dan Muhammad Izwan Syafar Mohamad Izaini, 19.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kereta jenis Ford Laser yang dinaiki oleh empat pelatih Giat Mara Jerantut dipercayai dipandu laju sebelum terbabas.

“Kereta yang dipandu oleh Ruzaini hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik di sebelah kiri jalan dari arah Jerantut ke Temerloh.

“Kenderaan mereka remuk teruk dan pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE