Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, meskipun beliau menghormati kebolehan Maszlee untuk memegang jawatan Presiden UIAM tetapi memba­yangkan rakyat akan kecewa dengan manifesto kerajaan PH yang berjanji untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran universiti.

“Yang membuat kami terkejut apabila YB (Maszlee) menerima jawatan Pre­siden UIAM, pada masa sama Setiausaha Politik YB pula dilantik sebagai Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM),” tulis Asyraf di laman Facebook miliknya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.