Perancangan bagi perlantikan Ajis sebagai Ketua Pengarah pertama daripada kalangan masyarakat Orang Asli itu telah lama dirancang sejak pertengahan tahun lalu. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah kebetulan perlantikan ini diperkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong dalam tempoh berkempen. 

"Perlantikan Ajis melalui prosedur yang sepatutnya dan ia telah berlaku sejak Ketua Pengarah lama bersara dan ketika itu dia telah menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah selama 6 bulan. 

"Tiada isu agenda politik, ini semua kebetulan memandangkan cadangan perlantikan telah diperkenan semasa tempoh kempen PRU-14," katanya ketika ditemui semasa Program Ramah Mesra dan Sukan Rakyat Masyarakat Orang Asli Kampung Paya Badak di sini hari ini. 

Tambahnya, meletakkan Orang Asli sebagai pemimpin tertinggi dalam Jakoa adalah salah satu pelan transformasi dan janji yang ditunaikan sejak memegang jawatan Menteri KKLW pada tahun 2015.- K! ONLINE