Beliau berkata, pelan tersebut perlu bagi meneruskan perancangan pembangunan ibu kota mengatasi kesesakan lalu lintas dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan warga kota.

"Pelan ini sepatutnya digazetkan lebih awal iaitu pada 2015 namun ia telah ditangguhkan. Hanya pelan struktur (Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020) yang diwartakan sebelum ini.

"Bila pelan tempatan (Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020) tak diwartakan, maka ada banyak kelonggaran berlaku dan dalam pentadbiran baharu ini kita akan wartakannya bagi menyelesaikan projek-projek yang didapati bercanggah dengan pelan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah di Menara DBKL di sini hari ini. - Bernama