Zaibo disahkan mengidap kanser esofagus tahap empat dan dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 3 September lalu.

"Semoga dengan kehadiran rakan-rakan dari YKAT ini sedikit sebanyak memberikan semangat kepada Zaibo untuk terus melawan penyakit yang sedang dihidapinya," jelas Presiden YKAT, Datuk DJ Dave.

Yayasan berkenaan yang sebelum ini telah banyak memainkan peranan dalam membantu artis dalam kesusahan dan sakit, turut menyampaikan sumbangan kepada pelawak yang terkenal melalui sitcom Spanar Jaya dan Pak Selamat itu.

"Semoga dengan sedikit bantuan yang dibuat oleh YKAT dapat membantu beliau dan keluarga," jelas  DJ Dave lagi.

Turut hadir menziarah dalam sesi kunjungan ini adalah dua Ahli Pemegang Amanah YKAT, Datuk A. Rahman Hassan dan Colin Lionel Edmonds. - K! ONLINE