Nadzmi atau nama sebenar­nya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 25, memberitahu, dia tidak pernah menyentuh bahan terlarang tersebut dan mendakwa dirinya terperangkap dalam situasi semasa pemeriksaan polis.

“Ganja yang ditemui dalam kereta saya bukan milik saya tetapi ia milik kawan yang kebetulan menumpang kereta saya pada waktu itu.

“Sejujurnya, saya tidak pernah menyentuh ganja dan penahanan saya pada hari itu hanyalah sekadar membantu siasatan pihak berkuasa,” kata Nadzmi ketika ditemui pada sidang akhbar khas di pejabat syarikat pengurusannya, Min­dOrder Ma­nagement, di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.