Turut memenangi pingat emas ialah self watering kit untuk tanaman dalam rumah seperti daun pudina dan daun selasih; teh dalam bentuk pil sebesar Paracetamol untuk pengembara; dan baju renang yang tidak mengikut bentuk badan apabila basah yang direka oleh pelajar Tingkatan 2 dan Empat TKC.

Keempat-empat rekaan berkenaan dihasilkan oleh 11 pelajar TKC yang dibahagikan kepada empat kumpulan. Mereka mengalahkan peserta dari 20 negara lain. 

Pelajar TKC Nur Aqueelah Ramli, 14, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejurus tiba dari Korea Selatan berkata, meja kuasa solar yang dicipta bersama rakannya Khairina Iwani Mohd Nor, 16, dikenali sebagai Savoiur of The Sun: The 21st Century Interactive Table. 

Katanya, ketika hendak berlepas ke Seoul pada 29 Julai, syarikat penerbangan memaklumkan meja tersebut tidak boleh dibawa ke dalam penerbangan.   

"Tanpa membuang masa, saya bersama rakan sepasukan menghasilkan video pengenai penggunaan dan kelebihan meja tersebut di lapangan terbang. 

"Pada hari pertandingan kami berdua membuat presentation kepada juri mengenai kelebihan meja berkenaan selain menunjukkan video yang dihasilkan di lapangan terbang," kata Nur Aqueelah.

 Jelasnya, meja berkenaan perlu dijemur di bawah panas terik matahari selama tiga jam di mana panel kawalan solarnya akan memindahkan tenaga kepada alat seperti bateri kereta yang dikenali sebagai 'batery storage'.

Pelbagai gajet seperti telefon pintar dan ipad boleh dicas di atas meja itu. 

Kepulangan 11 pelajar TKC di klia2 hari ini disambut oleh dua orang guru dan 15 pelajar TKC yang menyanyikan lagu kolej ketika mereka keluar dari balai ketibaan antarabangsa. - Bernama