Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Mohamad Aman Abdullah, 15, maut di tempat kejadian. 

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Dzulkifli Abdul Ghani berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkal Meleret menghala ke Machang. 

"Ketika di tempat kejadian, mangsa telah gagal mengelak sebuah motosikal lain lalu merempuh bahagian belakang sebuah motosikal dihadapannya sehingga terjatuh. 

"Akibat rempuhan itu, mangsa telah dilanggar oleh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan, mangsa meningal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987. - K! ONLINE