Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintendan Roslan Mohamed @ Ab. Aziz berkata, semua individu berusia antara 15 hingga 43 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula pada pukul 6 petang hingga 11 malam.

“Pelajar tersebut ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana berlumba haram manakala seorang lagi lelaki disiasat mengikut Seksyen 108 akta sama.

“Baki tiga lelaki ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Roslan, pemeriksaan turut dijalankan terhadap 114 individu dan 100 buah motosikal serta tiga buah kereta.

“Sebanyak tiga buah motosikal disita dan 67 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, gagal menunjukkan lesen, tiada cermin sisi, ubah suai ekzos dan tidak mempamerkan pelekat L serta P,” jelasnya. - K! ONLINE