Kejadian berlaku lewat petang ketika guru lelaki itu berusia 30an itu sedang tidur sebelum ditikam sebanyak tiga kali di bahu oleh suspek berusia 17 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek merupakan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Katanya tindakan itu berikutan selepas tidak berpuas hati dengan guru terbabit kerana dikenakan tindakan gantung atau buang sekolah.

“Mangsa telah ditikam sebanyak tiga kali oleh suspek kemudiannya mendapatkan bantuan daripada rakannya dengan pisau tertanam di bahu.

“Suspek kemudiannya diberkas sejurus kejadian tersebut,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa kini dirawat di hospital dan dilaporkan stabil.

Jelas Fadzil, pelajar berkenaan akan ditahan reman pagi esok. - K! ONLINE