Kesemua mereka hadir menyerahkan kad ucapan tersebut di Lobi Bangunan Perdana Putra kepada dua Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat dan Abu Bakar Yahya  masing-masing mewakili Perdana Menteri yang ketika ini mempunyai jadual yang padat. 

Sementara itu, Mohamad Nuhairi semasa majlis penyerahan kad ucapan tersebut menyatakan rasa terharu dengan kehadiran wakil pelajar sekolah berkenaan sekaligus menunjukkan semangat mereka yang mahukan Malaysia terus aman, maju dan makmur. 

"Pada masa sama, untuk memastikan negara terus berkembang maju, ilmu adalah penting. Jadi semangat untuk menimba ilmu itu harus ada dalam kalangan para pelajar menerusi budaya membaca," katanya hari ini. 

Sementara itu, Abu Bakar menyifatkan asas pembangunan masyarakat dan negara antaranya adalah bermula di peringkat sekolah. 

Justeru, semangat cinta dan sayang kepada negara katanya harus ditanam sebaik-baiknya di peringkat awal lagi. 

"Bagaimanapun, untuk mencintai dan memperkasakan negara, semua rakyat perlu bantu diri sendiri terlebih dahulu dengan melengkap ilmu pengetahuan dan keupayaan diri," ujarnya.