Tinjauan mendapati ribuan lalat memenuhi semua kawasan sekolah terutama di kantin, ruang dapur dan dewan makan asrama.

Pengetua sekolah tersebut, Johari Jaafar berkata, serangan lalat dan masalah bau busuk najis ayam berlaku sejak dua tahun lalu dan ia menjadi semakin teruk sejak Jun tahun lepas.

"Masalah lalat ini berpunca daripada najis ayam yang dijadikan baja di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak berhampiran sekolah," katanya.

Beliau ditemui selepas memberikan taklimat kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutaan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berhubung masalah tersebut di sekolah berkenaan di sini hari ini. - K! ONLINE