Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Nur Syuhaiba Shafiee, 15, pelajar tingkatan tiga dari Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, ketika kejadian, pelajar terbabit menunggang motosikal jenis Honda EX5 berseorangan dari kediamannya di Perumahan Taman Rakyat dan menuju ke rumah neneknya di Kampung Batu 48.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dikatakan sedang membelok masuk ke simpang sebelum sebuah lori yang sarat dengan muatan kanji dari arah belakang gagal mengelak lalu merempuh motosikal yang ditunggang oleh mangsa.

“Impak daripada rempuhan itu, mangsa tercampak ke atas jalan raya sebelum digilis dan terseret sejauh 20 meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - -K! ONLINE