Abigail Cheng Penner, 12, yang merupakan salah seorang daripada empat murid pemulihan khas sebelum ini belum mampu menguasai keenam-enam mata pelajaran tersebut kerana mempunyai masalah pembelajaran sejak dari kecil.

Guru Pemulihan Khas SK Convent, Zainab Zainal berkata, Abigail mempunyai permasalahan dalam pembelajaran sejak Darjah 1 apabila dia tidak boleh mengenali huruf.

"Inisiatif para guru sekolah ini untuk mendidik dan mengajar Abigail melalui kelas khas sehingga dia mampu menulis pada Darjah 4.

"Kini kami berbangga apabila dia mampu mendapat keputusan boleh menguasai lima daripada enam mata pelajaran UPSR," katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Guru Besar SK Convent, Rafiah Abd. Razak pula meluahkan perasaan bangganya apabila hampir kesemua 45 muridnya yang menduduki UPSR lulus kesemua mata pelajaran. - K! ONLINE