Difahamkan, ketika kejadian pelajar terbabit bersama empat lagi rakan lelakinya dari sebuah sekolah menengah di Jeram, di sini mendaki bukit setinggi 214 meter itu sebagai aktiviti riadah mereka pada hujung minggu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kuala Selangor, Pegawai Bomba Kanan II Roslan Asri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.33 tengah hari dan seramai tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera FRT.

"Sebaik sampai di lokasi, lima anggota ditugaskan mendaki ke puncak bukit itu dengan membawa peralatan menyelamatkan.

"Pendakian mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai ke puncak iaitu lokasi mangsa dilaporkan tergelincir," katanya. - K! ONLINE