Lebih memilukan, dalam kejadian pukul 6.20 petang, Aazad Ammar Mohd. Azrai pelajar Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jalil itu maut akibat jantungnya pecah susulan digilis van sekolah yang dinaikinya.

Bapa mangsa, Mohd. Azrai Abd. Rahman, 40, berkata, ketika kejadian dia berada dalam kereta di pekarangan rumahnya sebelum dikejutkan dengan jeritan pengawal keselamatan perumahan berkenaan yang mengatakan ada kemala­ngan.

Katanya, dia yang bergegas untuk melihat kejadian tergamam sebaik melihat anak ketiga daripada empat beradik itu terbaring di tengah jalan raya berhampiran rumahnya dalam keadaan berlumuran darah.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.