Portal berita Australia, news.com.au melaporkan semalam pihak pendakwa menggugurkan pertuduhan ke atas Christine Jiaxin Lee, 22, ekoran terdapat kes sama membabitkan penipuan wang A$2.1 juta (RM6.2 juta) di negara itu yang telah digugurkan oleh mahkamah.

Pelajar kejuruteraan kimia dari Universiti Sydney itu dikatakan telah membelanjakan A$4.6 juta selama hampir tiga tahun bermula tahun 2012 untuk membeli sekurang-kurangnya 128 jenis barang mewah.

Antaranya barangan mewah itu ialah beg tangan Hermes Birkin bernilai A$160,000 (RM495,544), kasut but Christian Louboutin A$2,500 (RM7,742) serta gelang Cartier A$9,000 (RM27,874).

Peguam Christine, Hugo Huston memaklumkan anak guamnya itu kini sangat gembira apabila kesnya telah digugurkan dan akan pulang ke Malaysia.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.