Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, kereta dinaiki Ahmad Syaqiq Balki Ahmad Fauzi, 16,  dan abangnya, Ahmad Baihaqi Fathi, 18, hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh sebatang tiang pendawaian telefon dan pagar sebuah rumah tumpangan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, Ahmad Syaqiq Balki yang mengalami kecederaan dalaman meninggal dunia pada pukul 7.30 petang semalam sewaktu sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Dungun di sini.

Beliau berkata, Ahmad Baihaqi yang memandu kereta Toyota Vios berkenaan pula hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

"Sewaktu kejadian, kedua-dua beradik itu dalam perjalanan ke perjalanan ke rumah mereka di Kampung Batu Tiong di sini dari Kuala Terengganu.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Toyota Vios yang dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh sebatang tiang pendawaian telefon dan pagar sebuah rumah tumpangan di tepi jalan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE