Suspek pertama berusia 19 tahun ditahan pada pukul 9.10 malam ketika me­nunggu pelanggan di sebuah stesen mi­nyak di Peringgit manakala suspek kedua yang merupakan ketua sindiket tersebut ditangkap di sebuah rumah di Peringgit Jaya pada pukul 10.30 malam.

Lelaki berusia 21 tahun yang merupakan pekerja swasta berusia itu sedang mencetak sijil palsu berkenaan ketika ditahan.

Turut dirampas termasuk peralatan dan barangan yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan sijil-sijil palsu tersebut seperti satu set komputer, me­sin pencetak, kertas sijil cuti sakit palsu yang dicop pegawai perubatan, cop tertera nama pegawai perubatan dan ‘Klinik Kesihatan Peringgit’.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sun Teoh Tia berkata, siasatan mendapati sindiket itu aktif sejak Jun lalu dan telah menjual kira-kira 300 keping sijil cuti sakit palsu dalam tempoh berkenaan pada harga RM35 setiap satu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.