Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa Muhamad Muzzafar Shah Mohamad Rozi, 13, dipercayai lemas setelah tiba-tiba terjun ke sungai berkenaan setibanya di sana dalam kejadian pada pukul 4.45 petang. 

Katanya, mangsa yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sega, Raub difahamkan ke sungai itu bersama dua lagi rakan. 

"Mangsa dikatakan terus terjun ke dalam sungai yang dianggarkan sedalam lima kaki dan mempunyai pasir jerlus. 

"Dua rakan mangsa mendakwa melihat mangsa lemas dan mereka telah cuba untuk menyelamatkannya, bagaimanapun gagal," katanya semasa dihubungi di sini hari ini. - Bernama