Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, tempoh itu adalah bagi menyesuaikan pelbagai pihak terhadap peraturan baharu itu terma­suklah ibu bapa yang mungkin terbeban jika pelaksanaannya dila­kukan secara drastik.

Beliau berkata, se­panjang tempoh itu, tiada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap pelajar yang tidak memakai kasut hitam ke sekolah.

“Untuk tahun depan, siapa (ibu bapa) yang sudah sediakan kasut putih, kita beri kelonggaran mereka (pelajar) pakai lagi.

“Kita tidak akan buat pelaksanaan secara mendadak kerana tidak mahu ada yang terbeban dan rasa tertekan,” katanya kepada pemberita selepas me­rasmikan pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.