Anak sulung daripada lima beradik itu dilihat membentangkan kod berwarna hitam yang dipakainya sebagai alas dan melakukan sujud syukur di bahagian belakang dewan seterusnya memeluk ibunya, Nafisah Mohamed Ahmad dan bapanya Nor Hisam Hashim.

Menurut Muhammad Hilal, kejayaannya itu adalah berkat doa ibu bapanya serta guru-guru yang sentiasa memberikan sokongan meskipun dia berdepan pelbagai cabaran ketika menduduki peperiksaan tahun lalu.

"Saya percaya keputusan SPM yang saya peroleh hari ini adalah dari Allah, sebab itu saya terus melakukan sujud syukur malah setiap hari saya akan menelefon mak untuk minta doa.

"Ketika menduduki peperiksaan SPM banyak masalah yang saya hadapi termasuk hampir pitam ketika peperiksaan Biologi kerana demam selain tugas sebagai Ketua Pengawas, tetapi saya kuatkan semangat kerana memikirkan mak ayah dan guru-guru yang sanggup berkorban masa untuk keluarga demi memastikan kami para pelajar berjaya," katanya ketika ditemui di Sekolah Alam Shah di sini hari ini. - K! ONLINE