Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, mangsa berusia 11 tahun itu dipukul suspek di dalam kelasnya selepas waktu persekolahan.

Katanya, hasil siasatan mendapati berlaku salah faham antara mangsa dengan anak perempuan suspek sebelum dia bertindak memukul mangsa sehingga cedera pada hidung dan tangan.

“Selepas menerima laporan daripada bapa mangsa, pihak polis membuat tangkapan ke atas wanita berusia 45 tahun di rumahnya pada 7 Julai lalu, namun dia dibebaskan dengan jaminan polis dua hari kemudian.

“Pihak polis kini dalam proses melengkapkan siasatan termasuk menunggu laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur berhubung kecederaan yang dialami mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE