Pengarah Pendidikan Melaka, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, ibu bapa diarahkan mengambil anak mereka selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan kejadian itu dan meminta mengosongkan kawasan sekolah itu yang berada kira-kira 1.5 kilometer dari kilang berkenaan.

“Pada 12.30 tengah hari kita dimaklumkan berlakunya kejadian kebocoran gas ammonia berhampiran SK Paya Redan. Justeru itu, ibu bapa diminta mengambil anak ma­sing-masing pulang atas permintaan pihak bomba,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.