Mangsa, Bakir Daeng Serang, 43, maut akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian itu dipercayai berlaku setelah mangsa disyaki terjatuh dari tempat duduk penumpang sebelum digilis lori sawit jenis Jin Lu tersebut.

Menurutnya, mangsa kemudian digilis tayar belakang kenderaan itu dan mengalami kecederaan parah.

"Bagaimanapun, pihak polis hanya menerima laporan kejadian itu pada pukul 10.52 malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Alexson menambah, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Marudi untuk tindakan lanjut.

Katanya, polis telah merakam keterangan daripada pemandu lori berkenaan untuk siasatan lanjut.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan 1987," katanya. - K! ONLINE