Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar Pegawai Bomba Kanan II Zulkifli Md Esa berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian menimpa Ho Chon Sian itu daripada majikannya pada 11.49 pagi dan tiba di lokasi kejadian untuk misi mencari dan menyelamat 10 minit kemudian.

"Setakat ini 11 anggota sedang aktif mencari Ho dengan bantuan Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian, Ho dikatakan sedang menyiapkan kerja pembinaan jambatan di sekitar kawasan itu sebelum dia dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai berkenaan.

Sehingga kini, Ho belum ditemui. - Bernama