Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa lelaki berusia 35 tahun disahkan mati di tempat kejadian akibat separuh kepalanya hampir berkecai.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.13 dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dibantu juruteknik kilang yang mengendalikan mesin tersebut.

"Mangsa disahkan maut oleh Penolon Pegawai Perubatan dari Hospital Bukit Mertaja dan diserahkan  kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya di sini tadi. - K! ONLINE