Mangsa, Johari Zakaria, 60, maut di tempat kejadian manakala seorang lagi pekerja yang belum dikenal pasti identiti dilaporkan cedera.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian bumbung runtuh di Kilang NK Peria Trading pada pukul 4.53 petang tadi.

"Seorang pekerja kilang berusia 60 tahun didapati telah meninggal dunia akibat ditimpa bumbung yang runtuh akibat ribut.

"Dalam kejadian itu juga, seorang lagi pekerja yang belum diketahui identiti mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa yang berasal dari Kampung Padang Lalang di sini itu dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat. - K! ONLINE