Kejadian berlaku pukul 8.30 pagi ketika Lin Fu Sheng, 35, sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaran. 

Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Abu Zaki Mohammad berkata, letupan tersebut berlaku di bahagian kabel motor atas kapal berkenaan sebelum bilahnya terkena pada kepala mangsa. 

Katanya, impak kejadian tersebut otak kepala mangsa terburai di atas kapal dengan mangsa terjatuh ke dalam laut. 

"Sebanyak dua aset iaitu Kapal Maritim Danga dan Bot Kilat 20 telah digerakkan ke lokasi tersebut sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.05 petang daripada Kedutaan Besar China. 

"Operasi mencari dan menyelamat bagaimanapun masih gagal menemui mangsa sehingga hari ini," katanya dalam kenyataan akhbar sebentar tadi.

Menurut beliau, kejadian tersebut turut mengakibatkan kedua-dua ibu bapa mangsa yang masing-masing merupakan kapten kapal dan tukang masak di kapal sama diserang penyakit jantung. 

Ujarnya, mereka telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil. 

"Hasil siasatan awal mendapati terdapat lima pekerja termasuk mangsa yang kesemuanya warganegara China berada di atas kapal tersebut semasa kejadian. 

"Kapal korek berkenaan yang berdaftar di negara China itu dalam perjalanan ke Bangladesh dari Pasir Gudang, Johor," jelasnya.  -K! ONLINE