Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, mangsa yang dikenali Jenal, 27, dari Jawa, Indonesia disedari penyelia yang ternampak mangsa terbaring berlumuran darah di tingkat bawah pada pukul 6 petang.

"Sebelum itu, penyelia berkenaan datang mencari mangsa namun tidak menjumpainya sebelum menemui mangsa terbaring berlumuran darah di tingkat bawah.

"Ketika kejadian, mangsa sedang bekerja di tingkat 10," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, hasil siasatan setakat ini tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Jelasnya, mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya. - K! ONLINE