Mayat Sharif Zul Basil Sarif Banin, 39, ditemui pada pukul 7.45 pagi tanpa sebarang kesan kecederaan pada fizikalnya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, hasil siasatan mendapati sebelum insiden mangsa bersama rakan sekerjanya pergi ke tempat kejadian untuk menangkap ikan menggunakan pukat kira-kira pukul 4.16 petang, semalam.

"Semasa menyeberangi tali air di lokasi mangsa dikatakan telah tergelincir lalu terjatuh ke dalam loji dan terus tenggelam," katanya di sini hari ini.

Tambah M. Chandra, selepas menerima maklumat mengenai kejadian terbabit pasukan SAR dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) segera menjalankan operasi pada hari yang sama namun, terpaksa dihentikan pada pukul 6 petang kerana cuaca semakin gelap.

"Bagaimanapun, operasi SAR dijalankan semula pada pukul 7 pagi tadi dan mangsa ditemui 45 minit kemudiannya," jelasnya.

Mayat lelaki berkenaan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 di sini untuk tindakan lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - K! ONLINE