Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Ali Mohamed, 45, yang dipercayai pekerja syarikat lori berkenaan disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu dikeluarkan oleh pihak bomba.

"Siasatan awal mendapati lori dipandu seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun tersebut yang datang dari arah Jelebu menuju ke Seremban hilang kawalan apabila tiba di lokasi kejadian.

"Lori itu terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik menyebabkan warga Bangladesh itu tersepit dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengeluarkannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Ibrahim berkata, pemandu lori tersebut mengalami kecederaan dalaman dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk menerima rawatan.

Tambah beliau, mayat mangsa turut dibawa ke HTJ untuk bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE