Termasuk dalam pengagihan itu ialah pemberian RM39.59 juta kepada 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) serta RM72.73 juta lagi kepada 17,443 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

"Jumlah bayaran dividen kali ini juga meningkat sebanyak 5.17 peratus berbanding RM106.81 juta pada tahun lalu," ujar Najib ketika berucap pada Majlis Penyampaian Dividen Risda Peringkat Nasional di Kampung Ketam, Kerdau, Kuala Krau di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. - K! ONLINE