Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kolonel Zainal Yusof berkata PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temai menempatkan mangsa paling ramai iaitu 122 orang, diikuti Pusat Pemindahan Pulau Manis (75 orang), Dewan Serbaguna Tanjung Pulai (39 orang), SK Acheh (34 orang) dan Pusat Pemindahan Kampung Lamir (38 orang). 

Beliau yang dihubungi menambah mangsa banjir di Raub menunjukkan pengurangan kepada 30 orang di PPS Masjid Jamek Kuala Semantan selepas PPS Balai Raya Kampung Tersang yang menempatkan 26 orang dan Surau RRM Cheroh (13 orang) ditutup petang ini. - Bernama