Dalam kejadian kira-kira pada pukul 7.15 pagi itu, mangsa, V. Segar, 54, yang berasal dari Taman Lintang, Sungai Siput itu meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, siasatan awal mendapati kerete jenis Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 28 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Batu Gajah menghala ke Ipoh. 

“Tiba di tempat kejadian, kereta tersebut telah melanggar mangsa yang sedang melintas jalan. 

“Akibat rempuhan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Mohd. Ali, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat. 

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan akibat kemalangan jalan raya. 

“Pemandu Perodua Myvi pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama