Tertuduh, Rommy Ma’i’a­-
­ruf, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd. Manap.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pegawai yang bertanggungjawab membuat laporan terhadap perkembangan aktiviti perjudian di daerah Seberang Perai Te­ngah didakwa melakukan peras ugut sehingga mendorongnya menyerahkan wang tunai RM3,000 bagi mengelak risiko ditangkap SPRM berhubung perkara berkenaan

Rommy yang merupakan bapa kepada tiga orang anak didakwa me­lakukan kesalahan tersebut di kawasan sebuah stesen minyak di sini.

Tertuduh yang bertugas di SPRM Putrajaya didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 9.30 malam, 8 
Jun lalu.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.