Satu portal melaporkan, wang tersebut didakwa dibayar kepada pegawai tersebut hanya beberapa hari selepas Mohamad Sabu me­ngangkat sumpah se­bagai Menteri Pertahanan. Portal tersebut tidak menamakan jawatan pegawai yang sedang disiasat tetapi mengikut Bernama pegawai kanan terbabit didakwa sebagai pembantu politik Mohamad.

Berikutan itu, SPRM telah merakam kenyataan pegawai itu dan kira-kira 10 individu lain bagi membantu siasatan, Antara 10 individu yang dirakamkan kenyataan mereka termasuklah beberapa kontraktor pertahanan dan wakil-wakil perniagaan.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.