Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, seramai 15 lelaki dan dua wanita warga tempatan, seorang lelaki warga India serta seorang lelaki dan seorang wanita warga China.

“Kesemua suspek berusia 32 hingga 70 tahun merupakan ejen, orang tengah, penganjur dan pemilik kad pengenalan sijil lahir serta pasport Malaysia (fraud).

“Polis telah merampas pelbagai barangan antaranya 38 buah telefon bimbit, 34 keping pasport, lima salinan sijil kelahiran, 58 salinan pasport dan wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Huzir menambah, siasatan mendapati ejen sindiket akan mengesan warga asing yang mahu mendapatkan kewarganegaraan dan proses tersebut yang akan diuruskan oleh seorang individu di JPN Pulau Pinang.

“Dia juga terlibat menguruskan sijil kelahiran dan kad pengenalan tidak sah dan semasa proses memgemaskini data, dia (suspek) juga mengarahkan beberapa staf lain untuk sama-sama terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Huzir, sindiket itu dipercayai memperoleh bayaran antara RM100,000 sehingga RM600,000 daripada warga asing.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengesan ahli-ahli sindiket yang masih bebas.

”Kesemua suspek  direman mengikut Seksyen 4(5) Akta Sosma 2012 selama 28 hari untuk siasatan lanjut,” ujarnya. - K! ONLINE