Tertuduh, Mohd. Khairi Othman, 38, didakwa dalam tujuh pertuduhan kerana memindahkan sejumlah wang dari akaun bank milik Hassan Muhammad [email protected] ke beberapa akaun di sebuah bank di Jelutong dekat sini antara 4 hingga 8 September 2015.

Dalam satu lagi pertuduhan, dia didakwa kerana menggunakan wang RM123,767 daripda aktiviti haram untuk membeli sebuah motosika BMW R120 pada 15 Disember 2016 di sebuah bank di Simpang Ampat di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613). - K! ONLINE