Dalam kejadian pukul 2 petang itu, Nur Erra Ellina Zaharuddin, 24, dari Unit Tindakan Imigresen dikatakan terjatuh dari ketinggian lima meter selepas terpijak papan siling yang reput di asrama pekerja kilang membuat sarung tangan getah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pegawai tersebut merupakan salah seorang daripada 80 anggota dan pegawai yang terlibat dalam operasi khas selepas Program Penghantaran Pulang PATI Secara Sukarela (3+1) tamat pada 30 Ogos lalu.

“Pihak kami telah menghantar pe­gawai ini ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan lanjut dan didapati dia mengalami kecederaan pada pinggang dan kaki.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.