Tempoh reman suspek yang berusia 56 tahun tersebut juga dibenarkan dilanjutkan sehingga pukul 5 petang ini oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Mazni Hajar Ghazali di Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata, lelaki tersebut disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM52,000 sebagai dorongan untuk meluluskan kontrak projek pembangunan sebuah majlis perbandaran di negeri ini.

"Perbuatan itu disyaki dilakukan suspek sewaktu memegang jawatan Yang Dipertua sebuah majlis perbandaran di negeri ini pada tahun lalu," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Sebelum ini, suspek telah ditahan reman selama seminggu sejak 16 April lalu bagi membantu siasatan salah guna kuasa membabitkan projek pembangunan berjumlah RM266,349,18. - K! ONLINE