Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Senior Asisten Komisioner Datuk Asmawati Ahmad berkata, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi) Sabah Asisten Komisioner Abdul Razak Hassan bertukar ke jawatan Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan Strategik) Pahang.

"Tempat Abdul Razak diambil alih Penolong Pengarah Kepolisan Am, Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK Bukit Aman Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais.

"Selain itu, Superintenden Zaiton Hussain pula dilantik sebagai Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pegawai Pemerintah Batalion 3 Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bidor, Perak, Supt Wan Hamzah Wan Kadir dilantik sebagai Timbalan Komandan (Latihan)  Pusat Latihan Polis (PULAPOL)  Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Asisten Komisioner. 

"Pegawai Turus Risikan, Cawangan Risikan/Operasi, Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Superintendan Zamri Deris pula dilantik Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes), Bahagian Pematuhan Standard,  Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner," katanya.

Selain itu, Asmawati berkata Ketua Polis Daerah Tenom, Sabah Deputi Superintendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Sabah dengan memangku pangkat Superintenden. - Bernama